Pada satu hari Jumaat minggu lepas, seperti biasa masa break tengahari mama akan balik umah n mestilah, ambil Aula dari nurseri. Muka Aula biasanya akan ceria je bila mama ambil.seronok ye tengahari dah jumpa mama?mama 100X seronok tau.hihi..lepas tu macam biasa kita main2. Tetiba Aula menangis kuat. Mama pun pelik sbb Aula jarang menjerit camtu. Terkejutnya mama bila tengok jari Aula yg comel2 tu melecur.dah mengelembung pun. Mama pulak yg rasa nak nangis. Sedih campur geram sbb masa ambil Aula, xde sesapa pun bgtau Aula kena pape..bila call pengasuh nurseri, x dapat lak. Cepat2 mama bawak Aula gi klinik. Masa doktor nak pecahkan gelembung tu, Aula menjerit kuat.huhu anak mama ni bab menjerit memang x kalah la..kuat betul.mama rasa doctor tu pun dah jadi kalut. Siap kena ada pembantu pegangkan Aula. Kesian betul mama tengok Aula sakit.isk3..kesian anak mama.
Alhamdulillah lepas seminggu jari2 tu dah nak baik..seminggu jugakla Aula kena pagai mitten. Aula selalu x nak bagi mama pakaikan. Bosanla tu sbb tgn dah x bebas nak pegang macam2. Paling mama geram bila Aula cabut sendiri mitten tu..comel je.cabut pastu gigit2.hee..geram..
Nanti mama tepekkan gambar jari2 comel Aula tu ye.oh lupa lak..pengasuh nursery dh explain pada mama.jari Aula kena cerek panas.. masa mandikan Aula, dia x perasan cerek panas tu dekat dengan sink.jadi tgn anak mama yang suka menggapai2 ni terkena cerek tu..geram jugak mama..sbb tu kecuaian,kan.patutnya benda2 bahaya letak jauh2..hmm..doa mama x putus2 moga Allah lindung anak mama ni selalu..risau sgt mama tiap2 hari bila antar Aula. Kadang2 mama nak Aula cepat2 besar supaya boleh jaga diri sendiri..boleh bercakap, bgtau mama kalo jadi pape..tp mama tau satu hari nanti bila Aula dh besar, mama akan rindukan saat2 Aula kecik ni..yg sgt comel.hehe
Sayang anak mama..muaahh..
| ni masa memula kena |
| tengok..menggelembung |
lepas seminggu |
risau mama..berparut ke nanti |